Wednesday, 29 February 2012

Andainya...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, 8 February 2012

S.A.B.A.R

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Sunyi sepi sendiri tanpa suara.
Semua terbuku dan terbeku dalam hati.

Kesanggupan.
Perkataan itu memerlukan penzahiran yang bukan sekadar lisan tapi penzahiran perlakuan.
Hanya orang yang alami dapat merasai.
Hanya orang yang mengerti dapat memahami.

Mungkin aku lebih senang berdiam diri.
Memendam rahsia hati.
Walau terasa sakit dihati.
Menghindar pertengkaran bakal tercetus.

Menyayangi seseorang memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.
Kebalkan hatimu.

Kadang-kadang kita kena belajar.
Untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi.
Walaupun mungkin kita tidak akan ketemu lagi.
Tetapi percayalah.

Suatu hari nanti yang baik pasti akan menjengah.
sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat.


TAPI ada penawarnya.

BERSABARLAH... :)


Wednesday, 7 December 2011

Cinta vs. Kahwin

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

homework waktu kecik-kecik dulu

"Suddenly missing the time when the only homework I have to do is to make some karangan autobiografi, some find-the-x-algebra, or make a collage drawing or practice recorder." 

Tiba-tiba hari ni aku rindu homework waktu dulu-dulu......mudah je rasa...baru sekarang nak hargai homework cikgu bagi dulu....sekarang kerja menimbun-nimbun.....mana nak siapkan tutorial, mana nak kena hadirkan diri untuk kokurikulum lagi, mana nak terkejar-kejar ke bilik lecturer hantar assignment...mane nak study untuk test lagi...tapi semua tu cabaran hidup kat university...tak nama hidup dekat u lar kalau tak de benda tu semua....

tapi dulu kalau tak siap homework je mesti kena cubit dekat perut....tambah-tambah kalau subjek math...sakitlah yang dapat bila tak dapat hantar keje on time....tp budak2 sekarang tak macam dulu....kalau kne cubit, report mak ayah...mak ayah datang serang cikgu...dulu, kalau report kat mak ayah, kita yang kena...hahahaha....

berbalik pada homework, homework paling malas nak buat dulu ialah KARANGAN...Subhanallah...tak payah cakap lar...waktu dekat2 nak UPSR, cikgu BM suruk beli satu buku nota panjang then setiap hari kne tulis karangan...tak kisah lar tiru dari buku rujukan ke...asalkan satu karangan sehari..okay! darablah sendiri ye...berapa banyak nak kne buat... aku pulak suka menangguh buat karangan...bila nak kena submit, mulalah terkial2...tapi alhamdulillah...BM tak pernah terkandas dari laluan A sampai lar SPM...

waktu kecik-kecik dulu, SAYA SUKA MATEMATIK! suka sangat-sangat...tp bila belajar math kat u ni, mencabar gilaaaaa....test pon tunggang langgang....dulu bila tiba waktu math je, dh siap2 keluarkan buku atas meja....alah...jwb soalan 25+208=???  dulu payah lar soalan mcm ni..hahaha...tapi sekarang dah ada kemudahan...ENGINEER dah bina satu kemudahan iaitu kalkulator untuk mengira....dulu cikgu suruh beli sempua...sempua ke org pngil??? alah..yang ada bijik bulat-bulat 2... tp skrg mana guna dh benda 2....hahaha...

okay lar...nanti kita cerita lagi ye...kalau nak cerita pasal zaman muda mudi dulu, banyak sangat kenangan....hahaha...

p/s: jangan lupa siapakn HOMEWORK ye...

Saturday, 3 December 2011

movie marathon

Al-maklumlah di hujung-hujung semester, kelas dah banyak yang takde..dah habis syllabus lar katakan..TAPI homework, MasyaAllah...jangan citer lar...memang nak siapkan dalam masa sehari tu, tipulahkan...memang banyak nak mati...mana nak study untuk test lagi, mana nak siapkan assignment lagi..

Dalam dok kelam kelibut nak siapkan semua benda, sempat lagi aku ber'movie' bersama teman-teman aku...bukan sekali masuk wayang tapi dua kali dalam hari yang sama...memang tak ingat dah dengan test, assignment, bla..blaa....

Kalau nafsu wayang dah meronta-ronta memanggil untuk pergi tengok movie, memang sampai lar kat JAYA JUSCO...credits to jaya jusco okay kerana menyediakan wayang yang terbaik..! :)

Dah sampai jusco, pergilah panjat escalator dan terus ke GSC...mak aiihhh...ramai bebenau...! aku pergilah tgk schedule wayang tu...alamak...!! Pukul 2.00pm ada ombak rindu dengan twilight...mana satu nak tengok dulu neh...at last kteorg decide nak tgk twilight, 2.00pm then Omabak Rindu, 4.30p.m....abang wayang tu mesti cakap budak ni banyak duit...sekali tengok sampai 2 movie...biarlaahh...tak guna duit abang pon.... ;)

breaking dawn terbaik antara semuaa.... :)
Kalau sape yang ikut movie ni dari awal memang tak best lar kalau tak tengok ending dia...tak sabar nak tengok Breaking Dawn PART 2...untuk Part 1, Bella dan Edward dah kahwin and dapat baby...tapi sebelum dia melahirkan baby, banyak benda yang terjadi...so, sape nak tau...pergilah tengok ye....

Aaron Aziz terbaik, Maya cantik dan Lisa psycho.. :)

Jalan cerita dekat novel berbeza sket daripada movie...so, sape yang dah baca novel dia mungkin akan rasa novel dia lagi best dari cerita.....tapi movie pon layan jugak...sebab ada AARON AZIZ!!   

Bila baca novel terasa nak menangis...tapi bila tengok movie rasa kelakar dengan watak Aaron Aziz...haha...bersahaja je..suka3! romantik...i adore him... 

Selepas dah puas menonton Ombak Rindu, terjatuh hati gila dengan OST Ombak Rindu nyanyian Adira dengan Hafiz....lirik lagu dia ada sedikit yang menyentuh kalbuku...sampai je umah, terus nak download tapi disebabkan internet lagi slow dari kura-kura berlari, pagi esoknya baru dapat download...

Kalaulah dapat tengok movie ni bersama dia, alangkah bestnya....kalau lah dia tahu aku tujukan lirik lagu ni untuk dia,alangkah bahagianya... [okay! lari tajuk]



p/s: lirik lagu ini sangat menyentuh hati....terbaik! ;(

Saturday, 26 November 2011

Takde rezeki..tahun depan cuba lagii...

kalau baca tajuk, mesti semua dah tahu kot saya nak story pasal apaaa...of course pasal game volleyball smalam...tak dapat saya nak cerita betapa bestnya bermain semalam sampai tak ingat duniaaa...tipu2!!!


sebenarnyaaaaa.....
semalam kitaorang menang satu je game...yang lain kalah...tapi tak berapa nak kisah sebab kitaorg menang dengan team FKP [Fakulti Kejuruteraan Pembuatan] yang orang selalu cakap team tu hebat...maklum lah banyak player universiti ada kat FKP...hehehe... ;)

Lagi satu faktor tak berapa nak kisah sebab kalah ialah kitaorang baru berapa hari turun buat latihan...at least satu game menang...okay lar 2....ayat nak pujuk hati ;(

Walaupun team volleyball perempuan FKE tak dapat nak menggembirakan hati anggota2 FKE yang lain, at least team laki dapat pingat EMAS untuk bola tampar...okay jugak lar kannnn...hehehehe...next year ada lagi...kita jmpe lagi tahun depan errhhh..... :)

Gara-gara bermain sampai tak ingat dunia semalam, ALLAH s.w.t dah bagi balasan untuk hapuskan dosa saya....pagi tadi bangun je dari katil yang empuk dah tersa badan panas...OMG! sah-sah dah demam...terus telefon emak dan mengadu nasiiiibbbb... ;p

Alhamdulillah..mak saya lah doktor paling cemerlang dalam dunia ni....bila dengar je suara mak terus terasa bertenaga sikit....powerful betol suara mak saya...thanx mom...i always miss and love yooouuuuu like before..i really do... :)

Friday, 25 November 2011

selamat pagi.. ;)

good morning everyone...!!!!! :)

Hari ni terasa nak dating dgn mr. Bloggie pagi2 buta cenggini...terasa nikmatnya berdating di subuh-subuh macam ni....dikala orang lain still melelapkan mata mereka, saya dah bangun sebab hari ini saya ada game bola tampar...semapt lagi berbloggie nih...hehehe... :)

bila saya check balik jadual saya untuk minggu ni, saya rasa minggu ni paling-paling-paling-palinnnnnggggg busy.... sampaikan ada member cakap saya sombong sebab tak tegur diaorg..ada test, ada latihan bola tampar...perjumpaan suksis, perjumpaan badar, assignment,lecture,tutorial... banyak tak???

sebenarnya bukan tak nak tegur tapi masa, tempat dan keadaan membataskan saya untuk menegur diaorang..erm... ;(

Final exam pulak is around the corner but i tak prepared apa-apa lagi...bukan sebab MALAS tapi banyak sangat kerja dan aktiviti....mungkin betul kata Tn. Hj. Zainuddin...manusia ni seringkali bagi alasan atas apa yang mereka tak dapat nak lakukan....itulah manusia yang EGO....

Ya ALLAH...mungkin saya dah tergolong dalam golongan itu??? Ampunkanlah dosa hamba-Mu yang lemah ini....amiinn..

okay...i will stop here...but i will continue later...nak pergi mandi dan breakfast dulu.... :)