Buat kamu bakal peneman hidupku yang saya sendiri masih lagi tidak tahu..
Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menulis warkah ini… Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai kamu, bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tidak minta sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita. Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya? sejauh mana kita bersyukur atas nikmatnya ini?
Buat kamu, diri ini tak berharap apapun pada kamu.. Tetapi saya cuma harapkan kamu menjadi seorang yang soleh. Bukanlah bermaksud perfect tetapi saya idamkan seorang lelaki yang soleh menjadi peneman hidup, yang sederhana di mata manusia, atau setidak – tidaknya kamu mempunyai keinginan dan mahu menjadi lelaki soleh. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat saya sunyi dan kecewa, kamu menjadi peneman suka duka kehidupan saya dan mengingatkan saya tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi saya.
Kamu, saya bukan seorang yang perfect, memang terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Ilmu di dada tidaklah setinggi mana, akhlak juga tidaklah seindah mana. Namun, diri ini ingin berubah setiap saat. Setiap detik diri ini juga cuba berubah, saya cuba untuk memperbaiki diri ini. Buat bakal peneman hidupku, saya sedar siapa diri saya, bukan seorang yang menjadi idaman jejaka-jejaka, tetapi saya cuma mahukan kamu menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Baitulmuslim itulah tujuan saya, Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Semua orang mahukan yang terbaik dan yakinlah apa yang Allah anugerahkan untuk kita itulah yang terbaik.
#JiwangDiMalamHari :)
No comments:
Post a Comment