Wednesday, 7 December 2011

Cinta vs. Kahwin

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

homework waktu kecik-kecik dulu

"Suddenly missing the time when the only homework I have to do is to make some karangan autobiografi, some find-the-x-algebra, or make a collage drawing or practice recorder." 

Tiba-tiba hari ni aku rindu homework waktu dulu-dulu......mudah je rasa...baru sekarang nak hargai homework cikgu bagi dulu....sekarang kerja menimbun-nimbun.....mana nak siapkan tutorial, mana nak kena hadirkan diri untuk kokurikulum lagi, mana nak terkejar-kejar ke bilik lecturer hantar assignment...mane nak study untuk test lagi...tapi semua tu cabaran hidup kat university...tak nama hidup dekat u lar kalau tak de benda tu semua....

tapi dulu kalau tak siap homework je mesti kena cubit dekat perut....tambah-tambah kalau subjek math...sakitlah yang dapat bila tak dapat hantar keje on time....tp budak2 sekarang tak macam dulu....kalau kne cubit, report mak ayah...mak ayah datang serang cikgu...dulu, kalau report kat mak ayah, kita yang kena...hahahaha....

berbalik pada homework, homework paling malas nak buat dulu ialah KARANGAN...Subhanallah...tak payah cakap lar...waktu dekat2 nak UPSR, cikgu BM suruk beli satu buku nota panjang then setiap hari kne tulis karangan...tak kisah lar tiru dari buku rujukan ke...asalkan satu karangan sehari..okay! darablah sendiri ye...berapa banyak nak kne buat... aku pulak suka menangguh buat karangan...bila nak kena submit, mulalah terkial2...tapi alhamdulillah...BM tak pernah terkandas dari laluan A sampai lar SPM...

waktu kecik-kecik dulu, SAYA SUKA MATEMATIK! suka sangat-sangat...tp bila belajar math kat u ni, mencabar gilaaaaa....test pon tunggang langgang....dulu bila tiba waktu math je, dh siap2 keluarkan buku atas meja....alah...jwb soalan 25+208=???  dulu payah lar soalan mcm ni..hahaha...tapi sekarang dah ada kemudahan...ENGINEER dah bina satu kemudahan iaitu kalkulator untuk mengira....dulu cikgu suruh beli sempua...sempua ke org pngil??? alah..yang ada bijik bulat-bulat 2... tp skrg mana guna dh benda 2....hahaha...

okay lar...nanti kita cerita lagi ye...kalau nak cerita pasal zaman muda mudi dulu, banyak sangat kenangan....hahaha...

p/s: jangan lupa siapakn HOMEWORK ye...

Saturday, 3 December 2011

movie marathon

Al-maklumlah di hujung-hujung semester, kelas dah banyak yang takde..dah habis syllabus lar katakan..TAPI homework, MasyaAllah...jangan citer lar...memang nak siapkan dalam masa sehari tu, tipulahkan...memang banyak nak mati...mana nak study untuk test lagi, mana nak siapkan assignment lagi..

Dalam dok kelam kelibut nak siapkan semua benda, sempat lagi aku ber'movie' bersama teman-teman aku...bukan sekali masuk wayang tapi dua kali dalam hari yang sama...memang tak ingat dah dengan test, assignment, bla..blaa....

Kalau nafsu wayang dah meronta-ronta memanggil untuk pergi tengok movie, memang sampai lar kat JAYA JUSCO...credits to jaya jusco okay kerana menyediakan wayang yang terbaik..! :)

Dah sampai jusco, pergilah panjat escalator dan terus ke GSC...mak aiihhh...ramai bebenau...! aku pergilah tgk schedule wayang tu...alamak...!! Pukul 2.00pm ada ombak rindu dengan twilight...mana satu nak tengok dulu neh...at last kteorg decide nak tgk twilight, 2.00pm then Omabak Rindu, 4.30p.m....abang wayang tu mesti cakap budak ni banyak duit...sekali tengok sampai 2 movie...biarlaahh...tak guna duit abang pon.... ;)

breaking dawn terbaik antara semuaa.... :)
Kalau sape yang ikut movie ni dari awal memang tak best lar kalau tak tengok ending dia...tak sabar nak tengok Breaking Dawn PART 2...untuk Part 1, Bella dan Edward dah kahwin and dapat baby...tapi sebelum dia melahirkan baby, banyak benda yang terjadi...so, sape nak tau...pergilah tengok ye....

Aaron Aziz terbaik, Maya cantik dan Lisa psycho.. :)

Jalan cerita dekat novel berbeza sket daripada movie...so, sape yang dah baca novel dia mungkin akan rasa novel dia lagi best dari cerita.....tapi movie pon layan jugak...sebab ada AARON AZIZ!!   

Bila baca novel terasa nak menangis...tapi bila tengok movie rasa kelakar dengan watak Aaron Aziz...haha...bersahaja je..suka3! romantik...i adore him... 

Selepas dah puas menonton Ombak Rindu, terjatuh hati gila dengan OST Ombak Rindu nyanyian Adira dengan Hafiz....lirik lagu dia ada sedikit yang menyentuh kalbuku...sampai je umah, terus nak download tapi disebabkan internet lagi slow dari kura-kura berlari, pagi esoknya baru dapat download...

Kalaulah dapat tengok movie ni bersama dia, alangkah bestnya....kalau lah dia tahu aku tujukan lirik lagu ni untuk dia,alangkah bahagianya... [okay! lari tajuk]



p/s: lirik lagu ini sangat menyentuh hati....terbaik! ;(

Saturday, 26 November 2011

Takde rezeki..tahun depan cuba lagii...

kalau baca tajuk, mesti semua dah tahu kot saya nak story pasal apaaa...of course pasal game volleyball smalam...tak dapat saya nak cerita betapa bestnya bermain semalam sampai tak ingat duniaaa...tipu2!!!


sebenarnyaaaaa.....
semalam kitaorang menang satu je game...yang lain kalah...tapi tak berapa nak kisah sebab kitaorg menang dengan team FKP [Fakulti Kejuruteraan Pembuatan] yang orang selalu cakap team tu hebat...maklum lah banyak player universiti ada kat FKP...hehehe... ;)

Lagi satu faktor tak berapa nak kisah sebab kalah ialah kitaorang baru berapa hari turun buat latihan...at least satu game menang...okay lar 2....ayat nak pujuk hati ;(

Walaupun team volleyball perempuan FKE tak dapat nak menggembirakan hati anggota2 FKE yang lain, at least team laki dapat pingat EMAS untuk bola tampar...okay jugak lar kannnn...hehehehe...next year ada lagi...kita jmpe lagi tahun depan errhhh..... :)

Gara-gara bermain sampai tak ingat dunia semalam, ALLAH s.w.t dah bagi balasan untuk hapuskan dosa saya....pagi tadi bangun je dari katil yang empuk dah tersa badan panas...OMG! sah-sah dah demam...terus telefon emak dan mengadu nasiiiibbbb... ;p

Alhamdulillah..mak saya lah doktor paling cemerlang dalam dunia ni....bila dengar je suara mak terus terasa bertenaga sikit....powerful betol suara mak saya...thanx mom...i always miss and love yooouuuuu like before..i really do... :)

Friday, 25 November 2011

selamat pagi.. ;)

good morning everyone...!!!!! :)

Hari ni terasa nak dating dgn mr. Bloggie pagi2 buta cenggini...terasa nikmatnya berdating di subuh-subuh macam ni....dikala orang lain still melelapkan mata mereka, saya dah bangun sebab hari ini saya ada game bola tampar...semapt lagi berbloggie nih...hehehe... :)

bila saya check balik jadual saya untuk minggu ni, saya rasa minggu ni paling-paling-paling-palinnnnnggggg busy.... sampaikan ada member cakap saya sombong sebab tak tegur diaorg..ada test, ada latihan bola tampar...perjumpaan suksis, perjumpaan badar, assignment,lecture,tutorial... banyak tak???

sebenarnya bukan tak nak tegur tapi masa, tempat dan keadaan membataskan saya untuk menegur diaorang..erm... ;(

Final exam pulak is around the corner but i tak prepared apa-apa lagi...bukan sebab MALAS tapi banyak sangat kerja dan aktiviti....mungkin betul kata Tn. Hj. Zainuddin...manusia ni seringkali bagi alasan atas apa yang mereka tak dapat nak lakukan....itulah manusia yang EGO....

Ya ALLAH...mungkin saya dah tergolong dalam golongan itu??? Ampunkanlah dosa hamba-Mu yang lemah ini....amiinn..

okay...i will stop here...but i will continue later...nak pergi mandi dan breakfast dulu.... :)

SAF...volleyball here i come... ;)

okay...it has been a while a didn't post about my story....i just publish about my 'luahan perasaan' to someone je..hehe...enough already and i think i will try not to think about him too much...it is just make me feel want to cry every minute, every second....hiperbola!


allright! back to the topic yaawww...hee....okay tomorrow i will be playing volleyball for representing my beloved faculty....WHAT FACULTY?? of course ELECTRICAL ENGINEERING!!!!! i will ensure my group is able to play very well....chewaaahhh.....!! opppssss....i do not explain about SAF yet....SAF is stand for Sukan Antara Fakulti and there are many game to be contested such as VOLLEYBALL, netball, football,rugby,rowing...we also have FRISBEEEEEE....macam promote barang.... :)  people said that my faculty doesn't have any excellent player for female volleyball, but i'm sure we can do it better....haha...try to give some spirit to myself because i'm really cuak when i think i will meet with a great opponent tomorrow...


Actually, i used to play volleyball....but almost two years i left the arena so i feel like i was not prepared to play in such a short time...

wish me luck guys!!! ;)

Monday, 21 November 2011

cara tunjuk kasih sayangg...




Awak.
Awak kata awak rindu.
Awak kata awak perlu.
Awak kata awak mahu ditunggu.
Awak kata awak mahu.

Awak.
Dia menunggu.
Dia sanggup buat segalanya dahulu.
Dia sanggup selesaikan semua urusan agar tidak diganggu.
Dia sanggup uruskan perkara yang mengundang haru biru.
Semuanya sebab awak tahu?

Awak.
Awak cari dia bila awak mahu.
Awak cari dia bila awak perlu.
Awak cari dia bila awak ingin ditunggu.
Awak cari dia bila awak ingin rasa tidak diganggu.
Awak cari dia bila awak enggan suasana keliling awak bisu.

Awak.
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila rindu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari dia dan menunggu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia membisu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia sedang termangu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia pilu?


Awak.
Seronok biarkan dia keseorangan?
Cari dia bila awak tidak mahu kesepian?
Tinggalkan dia bila sudah tiada erti kekosongan?
Senyap sunyi bila awak sudah mengecap kepuasan?
Tiada khabar berita bila awak kononnya dilanda kesibukkan?

Awak.
Sesekali sahaja awak muncul.
Bila awak mahu, awak akan terpacul.
Kalau tidak, awak akan hilang macam bacul.
Dan dia menunggu seharian seperti si bahlul.

Awak.
Bila awak mahu,  dia datang dalam kadar segera.
Bila awak panggil, dia terus muncul depan mata.
Bila awak cari, terus awak jumpa.
Bila awak teringat, dia terus menjelma.
Bila awak rindu, dia berikan ruang bermanja.
Tapi, kenapa awak tidak boleh buat begitu untuk dia?


Awak.
Dia juga teringin rasa dimanja.
Dia juga teringin rasa istimewa.
Dia juga teringin rasa diperlukan sentiasa.
Dia juga teringin rasa diperkenalkan kepada semesta.
Dia juga teringin rasa disayangi oleh kekasihnya.
Dia juga teringin rasa dipenuhi cinta.
Dia juga teringin rasa dipeluk mesra.
Tapi, kenapa itu hanya khayalannya semata-mata?

Awak.
Bila dia cari awak, awak tiada.
Bila dia menunggu awak, awak tidak muncul seperti biasa.
Bila dia mahu awak, awak berikan alasan berjela.
Bila dia senyap dan mahu biarkan sahaja, awak datang mencari dia.
Apa ertinya semua ini bagi awak ya?

Awak.
Dia mungkin bukan seseorang yang istimewa.
Dia mungkin bukan seseorang yang mampu buat awak ketawa.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak boleh lafazkan cinta.
Dia mungkin bukan seseorang yang jadikan awak bahagia.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak luahkan segala.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak akan tunggu sampai bila-bila.
Tapi awak, dia masih seorang manusia.


Awak.
Awak boleh kata dia mengada-ada.
Awak boleh kata dia mahu perhatian bermanja.
Awak boleh kata dia kesepian hingga bertindak gila.
Awak boleh kata dia apa sahaja.
Dia rela.

Awak.
Dia masih seorang manusia yang punya rasa.
Dia masih tahu lagi bagaimana mahu kekal setia.
Dia masih mahu jadi seseorang yang awak akan kembali sentiasa.
Dia masih enggan jadi orang lain hanya untuk bergembira.
Dia masih tidak mahu bermain kayu tiga.
Dia masih ingin jadi milik awak selamanya.

Awak.
Dia cuba yakinkan hati.
Ini cara awak amat mencintai.
Ini cara awak mengajar dia bagaimana rasa dirindui.
Ini cara awak mahu dia rasa menghargai.
Ini cara awak mahu dia tahu dia (mungkin) digilai.
Ini cara awak mahu dia enggan berpaling pada sesiapa dan kekal di sini.
Ini cara awak mahu dia menunggu di sisi.

Awak.
Tapi adakah awak tahu kekuatan hati manusia?
Sampai bila seseorang itu mampu tahan segalanya?
Sehingga bila seseorang itu mampu tahan diri dan ketawa?
Sampai saat manakah dia masih mampu berpura?
Yang segalanya baik dan dia masih kekal cinta?

Awak.
Sekental mana pun hati, kekuatan akan kendur.
Jangan sampai dia enggan mahu menegur.
Dan terus berundur.

Awak.
Kalau itu cara awak tunjukkan kasih sayang.
Kalau itu cara awak tunjukkan cinta itu bukan gila bayang.
Kalau itu cara awak tunjukkan bahagia itu tidak melayang.
Dia hanya akan diam dan tunggu hari siang.
Moga akan ada hubungan yang cemerlang.

Awak.
Semoga awak bahagia dengan apa yang awak lakukan.
Kalau awak cari dia dan dia tidak muncul lagi, awak boleh terus langkah ke hadapan.
Kerana dia sudah ke sisi dan berikan awak laluan.
Supaya dia tidak ganggu perjalanan.
Sebab dia mahu kekalkan senyuman

Sunday, 6 November 2011

man..how many other girls are u doing that too??


dear readers..

perempuan sangat mudah percaya dengan apa yang dia dengar dan lihat..
perempuan mudah menerima kata2 seorang lelaki tanpa berfikir panjang..without a second thought..and at last..perempuan jugak yang merasa sakitnya..

akan menjadi perkara normal bagi seorang lelaki berkata begini..

awklah yang pertama yang dapat buat saya bahagia.dalam ramai2 perempuan..
awklah yang paling special..
dalam ramai2 perempuan..awklah yang terbaik and saya tak mungkin dapat cari pengganti awk lagi..


even kite berpisah..saya janji tak kan lupakan awk .. saya tak pernah dengan mana2 perempuan seperti mana saya dengan awk...

oppsss..
wahai perempuan..jangan cepat perasan and melting dengan ayat klise sebegini..

i tell u what..sebelum kata2 ni di copy and di paste kan kat telinga korang..lelaki awal2 lagi dah copy and paste kan kat exs exss exssssssss dia..maybe sebijik2 or paling tidak pon lebih kurang...

tak dinafikan..pastinya dalam hati lelaki akan ada seseorang yang betul2 bertakhta kat hati dia..tapi kite sebagai perempuan jgn cepat melatah and terperasan.

too sad bila ada antara perempuan yang mudah percaya dan sanggup buat apa saja hanya kerana lidah sang lelaki..and bila ada orang nasihat sikit..mula lah keluar perkataan seperti:

" dahlah..aku percayA dia lah..dia dah cakap dia hanya syg aku sorang je".
"dia dah cakap aku perempuan yang paling dicintainya and dia dah janji tak kan lupakan aku"..

maka..jadilah satu episod perjalanan sebuah cinta yang penuh perasan dimana kite merasakan kita dah berjaya menjadi orang yang paling best dalam hidupnya padahal tak pun..and bila orang tu tak hargai kite seperti mana konon2 kitalah yg paling best tu..mula lah kita jadik ahli falsafah secara tidak langsung dengan mengeluarkan perkataan yang sedih2 dan ayat2 sajak yang maha kesian...mula lah terjadik gejala seperti mengupdate status sedih2 kat facebook.
( salah satu kesan sampingan)

tak salahkan lelaki coz kalau tak cakap camtu..nak cakap camne lagi kn??but sebagai perempuan..beringatlah..cintailah seseorang itu secara biasa2 je and cool2 je..

jangan terbang terlalu tinggi coz bila jatuh..sakit sangat dowh..no kidding.

Thanks for reading this..

Wednesday, 2 November 2011

dia yg awak tunggu selama kini.....???

Pagi-pagi menerima teguran yang tidak berapa berhikmah dan berhemah hanya membawa kepada kemarahan senyap dan pemberontakan dalam diam. Ternyata masih wujud lagi manusia jumud yang mahu memperalatkan agama demi menunjukkan seolah-olah mereka adalah manusia paling mulia berjalan di atas dunia. Boleh kalau kamu mahu buat demikian, tapi bukan dengan aku. Aku masih lagi kenal cara bagaimana untuk menegur manusia.

Tutup benda itu.
Perlukah kita menunggu seseorang atau sesuatu dalam hidup?
Ada orang yang sentiasa mahu ditunggu.
Ada orang yang sabar menunggu.
Ada orang yang sudah jadi penunggu.
Awak.
Sedang menunggu dia?
Sedang menunggu dengan setia?
Sedang menunggu dengan sabar dan bersedia?
Sedang menunggu tanpa mengharap apa-apa?

Awak.
Tidur malam dihiasi mimpi.
Awak nampak kelibat seseorang berlari.
Awak kejar sekuat hati.
Awak mahu gapai kuat guna jari.
Awak mahu rapat ke sisi.

Awak.
Adakah dia yang muncul?
Adakah wajah dia yang terpacul?
Awak enggan mengaku sebab bacul?
Anehnya, awak tidak mahu jadi lurus bendul.
Takut dikatakan bahlul.

Awak.
Adakah dia orang yang awak tunggu?
Adakah dia layak ditunggu?
Apa yang buatkan awak menunggu dia sehingga kematu?
Apa yang menyebabkan awak sanggup berdiri seperti batu?
Awak sahaja ada jawapan itu.

Awak.
Adakah awak percaya dengan hati sendiri?
Adakah awak yakin dengan keputusan mahu terus memerhati?
Adakah awak sudah fikir menggunakan otak kiri?

Awak.
Perlu tentukan jalan hidup sendiri.



jangan terlalu mencari yang sempurnaaaaa...kelak hidup meranaaaa...hehehe...gurau3!

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Saturday, 29 October 2011

Sebelum Engkau Halal Bagiku...♥



Ya Allah...
Andainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dgn hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Tetapi Ya Allah...
Andainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku...
Tidak tercipta buatku...
Bawalah dia jauh daripada pandangan ku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Hanya kepada Mu aku berserah ya Allah...
InsyaAllah... Amiiinn ya rabal alaminn....

Tuesday, 18 October 2011

bilaaa hati berbicaraaaaa sendiriiii....


When we have someone that we care too much,
mesti kita nak jaga hati dia. jaga perasaan dia. cuba faham dia. kita kawal perasaan cemburu kita. kita akan tanya dia jika kita takut salah faham dan kita cuba untuk tidak tuduh sembarangan. kita akan cuba nasihat dia. bagi semangat kat dia. tolong sama-sama selesaikan masalah dia. sentiasa doakan kesejahteraan dia. ingatkan dia jangan tinggal solat. jangan buat dia risau. bersabar dengan dia walaupun dia tak faham kita. walau macam mana dia marah kita sekalipun kita tetap sayang dia :) semua yang kita buat tu ikhlas bukan terpaksa.

Tapi,
dia terlalu risaukan kita sampai kalau tak text sekejap pun dia merajuk. banyak salah faham sebab kita jauh dari dia atau mungkin sebenarnya dia tak percayakan kita. dia tahu apa yang kita suka, tapi dia tak faham pun situasi kita. dia selalu sangat share atau mengadu apa yang dia rasa dengan social networking, kadang-kadang kita tak tahu langsung apa pun yang dia rasa. kita ada kawan yang selalu tolong kita kalau kita ada masalah dengan dia. kita selalu cerita kat kawan kita yang kita rindu dia sampai kawan kita dah bosan dah dengar. tapi dia salah faham :( hal kecil pun dia ambil kira. cepat sangat terasa. sebab tu kita banyak bersabar dengan dia. kita cuba pujuk dia perlahan-lahan sampai dia okay. tapi kita tak putus asa. kita pun banyak salah. tapi kita harap awak sedar lah yang kita sentiasa risau pasal awak. :)

Sunday, 9 October 2011

no idea... :(

I have no reason why I have to remember every single fact about him... should i???? he has someone better than you lar sayangku amirah athirah....she is perfect than you are... sudah lar wahai Amirah Athirah.....back to old Amirah Athirah...pleaaaaseee ignore the 'resistance'...mentang2 bljr electric skrg... :) 




i just wanna cry.. 




Empty and no happiness whatsoever. I don't want to laugh, because I know it's not going to help, but I don't want to cry, because it will just make I feel worse. I feel like my heart is falling apart, but not only that, but I know soon my life is going to feel like it's falling apart too. I don't think it will ever end, and no matter what this person has done to me, it feels impossible to stop loving the 'resistance'. 


And everyone wonders why if the 'resistance' have hurt me so much, then why do I still love him. That's the confusing part, I don't know why, I just do, and the people who hurt me the most, and normally the ones I love the most. And then, after a few weeks, I finally feel a sense of relief, like I'm getting happy again, but I know inside that I'm just going into denial. 


And after a few more weeks, i'm back to where I were an empty soul and teary eyes. I thought I got over the 'resistance', but really, I just stopped showing it. And I can't help but to show it again. It leaves deep scars on my heart that are there forever. And no one understands how I feel, and how deep I am hurt, no matter who the 'resistance' are, because it hasn't happened to him And even if it has, every broken heart is different. the 'resistance' don't know the true pain that I feel and carry each and everyday now, so I learn that basically I am alone with all this. 


And the feeling starts to overwhelm me, and suddenly I just break down, right there, because I know I have had enough, the tears just instantly start flowing, and I am to the point where I don't care who see's. Because I have spent so many nights lying awake in bed. And in the midst of all these tears, I know that its not helping any, and it's not going to bring him back, if I ever even had him in the first place. 


After about a million tears have been cried, I finally pull myself back together and keep going. My throat starts to clench and my eyes burn with the tears you are trying to hold back. Everyone says, "It will be okay…” But I know it won't. And that’s the truth, it won’t. And I look back on all of the hurt I had from this, and I realize that people are horrible. I am still hurt, but I have learned to hide it so that everyone thinks I am okay. 


So now every time I see that 'resistance', I know I still love him, and I feel a slight tingle in my heart yearning for him to love me, screaming out, but for some reason the 'resistance' don't hear it. And then I sit back and wonder how one person could have caused all of this...
finally...burst into tears... 







Friday, 7 October 2011

memoriess.... :(


On a quiet night when I'm alone,
I think of you until break of dawn
I miss your face, I miss your smile
I haven't seen it in a while

I close my eyes so I can see
The memories of you and me
The love and laughs that we have shared
And all the times that you have spared

Then a surge of sadness from within
Can't stop the tears from rushing in
I miss the way you hold me tight
How I wish you are with me tonight

Then I start to feel this pain inside
And no matter what I cannot hide
I always try, but I always fail
Can't help myself, my heart is frail




Sunday, 11 September 2011

UTeMku cemerlang....UTeMku Gemilang....UTeMku Terbilang...UTeM terus berjuang.....

Tajuk pon dah nampak mcm semangat gilaaaaa untuk UTeM kan...hahaha....sebenarnya tajuk untuk entri kali ni aku ambil dari lirik lagu Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM)...masuk hari ni dah 8 hari aku berada di melaka....datang ke melaka dengan satu tujuan iaitu untuk mendapat segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik....inilah fakulti aku sekarang...tempat di mana aku akan continue my study....



sebelum sambung belajar semua budak ijazah sarjana muda 2011/2012 kena lalui dulu satu minggu yg penuh dengan kesengsaraaan...hahaha....macam scary je dengar kan.....minggu orientasi lar....tapi kalau di UTeM, minggu orientasi kteorg dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa(MHS)...malas nak citer panjang2...korang tengok je gambar eh....layaaaannnnnnn.... :)







roomate saya... :)


sama color dengan baju kn?





housemate yang comel2.. :)





Sunday, 17 July 2011

Bye-bye UiTM...Hello UTeM!!

hello UTeM :)
Alhamdulillah...grateful enough to get a place to continue my study again...okay...sekarang aku akan berubah angin....dari Puncak Alam yang sejuuuukkk ke Melaka bandar bersejaraaaah...MELAKA..please be nice to me, huh?? 0.o

Dulu belajar basic engineering je...tapi sekarang aku sudah terjun ke dalam lembah elektrik...aku ditawarkan IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK KUASA DAN PEMACU) DENGAN KEPUJIAN....please pray for me...I just hope for the best when I come to UTeM...Insyallah... :))



Wednesday, 13 July 2011

Semakan keputusan UPU ke IPTA (ijazah pertama) 2011




KEPADA LEPASAN ASASI / MATRIKULASI / STPM / DIPLOMA,
semakan keputusan UPU boleh dibuat mulai

15 July 2011 (Jumaat)

 12.00 pm

Semakan boleh dibuat melalui 2 cara

Cara pertama
Semakan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my

Cara kedua
Semakan melaui SMS dengan menaip UPU RESULT [NO K/P]
dan SMS kan ke 15888





Nervous lar nak tengok result UPU...apalah nasib diri ku esok....aku mohon sangat agar mendapat apa yang dihajati....AMIN... :)