Monday, 3 December 2012

Warkah buat Peneman hidup.


Buat kamu bakal peneman hidupku yang saya sendiri masih lagi tidak tahu..
Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menulis warkah ini… Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai kamu, bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tidak minta sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita. Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya? sejauh mana kita bersyukur atas nikmatnya ini?
Buat kamu, diri ini tak berharap apapun pada kamu.. Tetapi saya cuma harapkan kamu menjadi seorang yang soleh. Bukanlah bermaksud perfect tetapi saya idamkan seorang lelaki yang soleh menjadi peneman hidup, yang sederhana di mata manusia, atau setidak – tidaknya kamu mempunyai keinginan dan mahu menjadi lelaki soleh. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat saya sunyi dan kecewa, kamu menjadi peneman suka duka kehidupan saya dan mengingatkan saya tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi saya. 
Kamu, saya bukan seorang yang perfect, memang terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Ilmu di dada tidaklah setinggi mana, akhlak juga tidaklah seindah mana. Namun, diri ini ingin berubah setiap saat. Setiap detik diri ini juga cuba berubah, saya cuba untuk memperbaiki diri ini. Buat bakal peneman hidupku, saya sedar siapa diri saya, bukan seorang yang menjadi idaman jejaka-jejaka, tetapi saya cuma mahukan kamu menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Baitulmuslim itulah tujuan saya, Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Semua orang mahukan yang terbaik dan yakinlah apa yang Allah anugerahkan untuk kita itulah yang terbaik.

#JiwangDiMalamHari :)

Wednesday, 29 August 2012

Rahsia dan Kelebihan Surah Al-Kauthar



Surah Al-Kauthar.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
 .

Friday, 13 July 2012

Cinta yang diredhai

Cinta itu milik Allah...Subhanallah, perancangan Allah yang sangat hebat dan cantik buat Irma Hasmie..Hadiah sebuah keinsafan, yang dulu nya ZERO tetapi sekarang mendapat HERO.. Tahniah buat Irma..


When she stop searching her prince, and make ALLAH the KING OF HER HEART,
HE then help her to complete her dream become REALITY :)

Bila direnung kembali, zaman muda mudi dahulu, zaman jahiliah perhaps. kurang ilmu agama dalam diri ini, bertukar pasangan selalu. hotstuff lah kononya, memamg bertambah HOT di neraka kelak. sungguh, itu dulu. zaman kecik kecik yang tidak tahu segan silu itu apa. mentah lagi, terpengaruh dengan kawan mungkin juga. Astaghfirullahalazim. tapi sekarang, semua dah besar panjang, sudah boleh fikir mana baik buruknya, tak payah terpengaruh sangatlah dengan dunia. umur pun dah 20-an, matang insyaAllah. jadi, berfikirlah secara matang. dulu kita cari cinta monyet, tapi sekarang carilah cinta sejati. kita mahukan cinta yang ALlah redha, cinta yang Allah senang, cinta yang menembus ke syurga. bukan sekadar cinta dunia tapi ya, cinta ke syurga.

     

Projek cinta, hanya layak untuk orang yang serius sahaja. Bagi yang benar bercinta untuk mendapatkan redha Allah, pastinya membuat perancangan akan cintanya. Misalnya, bagaimana dia hendak mendekati, berkenalan, melamar, berkahwin, membina keluarga dan sebagainya. nampak? - hilalasyraf.


Dua insan bercinta yang hanya fikir keseronokan dunia semata-mata, keseronokan diri mereka tanpa menghiraukan manusia sekeliling, dan pada hakikatnya, mereka telah menzalimi cinta, menzalimi diri, keluarga, dan masa depan mereka. Mereka yang telah melangkah larangan Allah, dalam alam percintaan ini hakikatnya telah mencampakkan diri mereka ke arah kehancuran. Mereka telah menolak kebahagiaan. ya, saya telah menolak kebahagiaan. saya juga pesalah yang patut dihukum. patut dihukum ! :'(

you should not on my list,
on the list should be,
my future, my family and The One.

Wednesday, 30 May 2012

Marah?

Dalam pergaulan seharian, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari keterlanjuran dalam percakapan, perbuatan atau tingkah laku yang boleh membangkitkan perasaan marah terhadap orang lain. Oleh yang demikian, sebagai Muslim asas pergaulan mesti wujud dengan berlandaskan kesabaran. Ketika ini menahan diri dari marah dan memberi kemaafan pada orang mesti diamalkan sepertimana firman Allah:

‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan’. (Surah Ali Imran: 134)

Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam hidup, kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu’. (Riwayat At-Tarmizi)

Jelas dari hadis di atas bahawa orang yang dapat menahan dirinya dari mengikut nafsu marah dengan melenyapkan segala rasa dendam dari setiap peristiwa yang berlaku akan mendapat balasan di akhirat kelak, iaitu Allah anugerahkannya dengan satu kelebihan untuk memilih syurga serta diberi keutamaan sama seperti orang-orang yang mati syahid. (Rujuk Al-Mubarakfuri. 1965, hlm. 166)

Sunday, 1 April 2012

Peluang kedua

Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup di atas muka bumi milik ALLAH S.W.T..makin hari makin banyak berita pelik yang terpampang di dada akhbar...resah gelisah jugak bila fikir nak keluar rumah sekarang...macam-macam boleh berlaku bila nafsu seseorang dah mengawal diri...jagalah diri sahabat sekalian..kita tidak tahu apa akan berlakunya kepada diri kita di kemudian hari...tapi itulah kehidupan...ada turun naiknya iman...muhasabahlah diri setiap hari untuk memperbaiki diri ke jalan ALLAH S.W.T...


Macam kehidupan empunya blog ini jugak...bersyukur kerana masih di beri peluang kedua dalam hidup untuk mengubah gaya hidup dan personaliti diri...bersyukur jugak kerana ALLAH S.W.T menyelamatkanku dari menjadi mangsa duniawi dan menjadikan aku orang yang terpilih untuk diberi peluang kedua...mungkin bukan secara drastik tapi akan ku pastikan menjadi realiti suatu hari nanti...Insyallah...terima kasih kepada sahabat-sahabat yang still memberi sokongan walau apa jua halangan dan dugaan...Dear friends, I LOVE YOU LILLAH..(for the sake of ALLAH)...aku mohon agar ditetapkan iman yang teguh dalam hati dan akan berusaha mencari ilmu untuk membaiki kesilapan diri ini....harap ALLAH ampunkan dosaku yang dulu...kuatkanlah semangatku ya Rabb..Amin.. :')


“Hidup ini satu perjuangan. Life is a struggle …Mari berjuang untuk memperbaiki diri. Berjuang untuk mencari ilmu dan menghiaskan diri dengan akhlak dan adab. Supaya InsyaAllah kita beroleh Taqwa dan mendapat ketenangan hakiki di dalam jiwa. Tidak cukup dengan hanya menjadi seorang Muslim. Kita seharusnya berjuang sedaya upaya, untuk menjadi seorang Mu'min!” - Wardina Safiyyah 


You really inspired me as a woman and to be a good muslimah..mudah-mudahan dipermudahkan olehNya.. :)

Wednesday, 29 February 2012

Andainya...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, 8 February 2012

S.A.B.A.R

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Sunyi sepi sendiri tanpa suara.
Semua terbuku dan terbeku dalam hati.

Kesanggupan.
Perkataan itu memerlukan penzahiran yang bukan sekadar lisan tapi penzahiran perlakuan.
Hanya orang yang alami dapat merasai.
Hanya orang yang mengerti dapat memahami.

Mungkin aku lebih senang berdiam diri.
Memendam rahsia hati.
Walau terasa sakit dihati.
Menghindar pertengkaran bakal tercetus.

Menyayangi seseorang memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.
Kebalkan hatimu.

Kadang-kadang kita kena belajar.
Untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi.
Walaupun mungkin kita tidak akan ketemu lagi.
Tetapi percayalah.

Suatu hari nanti yang baik pasti akan menjengah.
sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat.


TAPI ada penawarnya.

BERSABARLAH... :)