Saturday, 26 November 2011

Takde rezeki..tahun depan cuba lagii...

kalau baca tajuk, mesti semua dah tahu kot saya nak story pasal apaaa...of course pasal game volleyball smalam...tak dapat saya nak cerita betapa bestnya bermain semalam sampai tak ingat duniaaa...tipu2!!!


sebenarnyaaaaa.....
semalam kitaorang menang satu je game...yang lain kalah...tapi tak berapa nak kisah sebab kitaorg menang dengan team FKP [Fakulti Kejuruteraan Pembuatan] yang orang selalu cakap team tu hebat...maklum lah banyak player universiti ada kat FKP...hehehe... ;)

Lagi satu faktor tak berapa nak kisah sebab kalah ialah kitaorang baru berapa hari turun buat latihan...at least satu game menang...okay lar 2....ayat nak pujuk hati ;(

Walaupun team volleyball perempuan FKE tak dapat nak menggembirakan hati anggota2 FKE yang lain, at least team laki dapat pingat EMAS untuk bola tampar...okay jugak lar kannnn...hehehehe...next year ada lagi...kita jmpe lagi tahun depan errhhh..... :)

Gara-gara bermain sampai tak ingat dunia semalam, ALLAH s.w.t dah bagi balasan untuk hapuskan dosa saya....pagi tadi bangun je dari katil yang empuk dah tersa badan panas...OMG! sah-sah dah demam...terus telefon emak dan mengadu nasiiiibbbb... ;p

Alhamdulillah..mak saya lah doktor paling cemerlang dalam dunia ni....bila dengar je suara mak terus terasa bertenaga sikit....powerful betol suara mak saya...thanx mom...i always miss and love yooouuuuu like before..i really do... :)

Friday, 25 November 2011

selamat pagi.. ;)

good morning everyone...!!!!! :)

Hari ni terasa nak dating dgn mr. Bloggie pagi2 buta cenggini...terasa nikmatnya berdating di subuh-subuh macam ni....dikala orang lain still melelapkan mata mereka, saya dah bangun sebab hari ini saya ada game bola tampar...semapt lagi berbloggie nih...hehehe... :)

bila saya check balik jadual saya untuk minggu ni, saya rasa minggu ni paling-paling-paling-palinnnnnggggg busy.... sampaikan ada member cakap saya sombong sebab tak tegur diaorg..ada test, ada latihan bola tampar...perjumpaan suksis, perjumpaan badar, assignment,lecture,tutorial... banyak tak???

sebenarnya bukan tak nak tegur tapi masa, tempat dan keadaan membataskan saya untuk menegur diaorang..erm... ;(

Final exam pulak is around the corner but i tak prepared apa-apa lagi...bukan sebab MALAS tapi banyak sangat kerja dan aktiviti....mungkin betul kata Tn. Hj. Zainuddin...manusia ni seringkali bagi alasan atas apa yang mereka tak dapat nak lakukan....itulah manusia yang EGO....

Ya ALLAH...mungkin saya dah tergolong dalam golongan itu??? Ampunkanlah dosa hamba-Mu yang lemah ini....amiinn..

okay...i will stop here...but i will continue later...nak pergi mandi dan breakfast dulu.... :)

SAF...volleyball here i come... ;)

okay...it has been a while a didn't post about my story....i just publish about my 'luahan perasaan' to someone je..hehe...enough already and i think i will try not to think about him too much...it is just make me feel want to cry every minute, every second....hiperbola!


allright! back to the topic yaawww...hee....okay tomorrow i will be playing volleyball for representing my beloved faculty....WHAT FACULTY?? of course ELECTRICAL ENGINEERING!!!!! i will ensure my group is able to play very well....chewaaahhh.....!! opppssss....i do not explain about SAF yet....SAF is stand for Sukan Antara Fakulti and there are many game to be contested such as VOLLEYBALL, netball, football,rugby,rowing...we also have FRISBEEEEEE....macam promote barang.... :)  people said that my faculty doesn't have any excellent player for female volleyball, but i'm sure we can do it better....haha...try to give some spirit to myself because i'm really cuak when i think i will meet with a great opponent tomorrow...


Actually, i used to play volleyball....but almost two years i left the arena so i feel like i was not prepared to play in such a short time...

wish me luck guys!!! ;)

Monday, 21 November 2011

cara tunjuk kasih sayangg...




Awak.
Awak kata awak rindu.
Awak kata awak perlu.
Awak kata awak mahu ditunggu.
Awak kata awak mahu.

Awak.
Dia menunggu.
Dia sanggup buat segalanya dahulu.
Dia sanggup selesaikan semua urusan agar tidak diganggu.
Dia sanggup uruskan perkara yang mengundang haru biru.
Semuanya sebab awak tahu?

Awak.
Awak cari dia bila awak mahu.
Awak cari dia bila awak perlu.
Awak cari dia bila awak ingin ditunggu.
Awak cari dia bila awak ingin rasa tidak diganggu.
Awak cari dia bila awak enggan suasana keliling awak bisu.

Awak.
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila rindu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari dia dan menunggu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia membisu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia sedang termangu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia pilu?


Awak.
Seronok biarkan dia keseorangan?
Cari dia bila awak tidak mahu kesepian?
Tinggalkan dia bila sudah tiada erti kekosongan?
Senyap sunyi bila awak sudah mengecap kepuasan?
Tiada khabar berita bila awak kononnya dilanda kesibukkan?

Awak.
Sesekali sahaja awak muncul.
Bila awak mahu, awak akan terpacul.
Kalau tidak, awak akan hilang macam bacul.
Dan dia menunggu seharian seperti si bahlul.

Awak.
Bila awak mahu,  dia datang dalam kadar segera.
Bila awak panggil, dia terus muncul depan mata.
Bila awak cari, terus awak jumpa.
Bila awak teringat, dia terus menjelma.
Bila awak rindu, dia berikan ruang bermanja.
Tapi, kenapa awak tidak boleh buat begitu untuk dia?


Awak.
Dia juga teringin rasa dimanja.
Dia juga teringin rasa istimewa.
Dia juga teringin rasa diperlukan sentiasa.
Dia juga teringin rasa diperkenalkan kepada semesta.
Dia juga teringin rasa disayangi oleh kekasihnya.
Dia juga teringin rasa dipenuhi cinta.
Dia juga teringin rasa dipeluk mesra.
Tapi, kenapa itu hanya khayalannya semata-mata?

Awak.
Bila dia cari awak, awak tiada.
Bila dia menunggu awak, awak tidak muncul seperti biasa.
Bila dia mahu awak, awak berikan alasan berjela.
Bila dia senyap dan mahu biarkan sahaja, awak datang mencari dia.
Apa ertinya semua ini bagi awak ya?

Awak.
Dia mungkin bukan seseorang yang istimewa.
Dia mungkin bukan seseorang yang mampu buat awak ketawa.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak boleh lafazkan cinta.
Dia mungkin bukan seseorang yang jadikan awak bahagia.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak luahkan segala.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak akan tunggu sampai bila-bila.
Tapi awak, dia masih seorang manusia.


Awak.
Awak boleh kata dia mengada-ada.
Awak boleh kata dia mahu perhatian bermanja.
Awak boleh kata dia kesepian hingga bertindak gila.
Awak boleh kata dia apa sahaja.
Dia rela.

Awak.
Dia masih seorang manusia yang punya rasa.
Dia masih tahu lagi bagaimana mahu kekal setia.
Dia masih mahu jadi seseorang yang awak akan kembali sentiasa.
Dia masih enggan jadi orang lain hanya untuk bergembira.
Dia masih tidak mahu bermain kayu tiga.
Dia masih ingin jadi milik awak selamanya.

Awak.
Dia cuba yakinkan hati.
Ini cara awak amat mencintai.
Ini cara awak mengajar dia bagaimana rasa dirindui.
Ini cara awak mahu dia rasa menghargai.
Ini cara awak mahu dia tahu dia (mungkin) digilai.
Ini cara awak mahu dia enggan berpaling pada sesiapa dan kekal di sini.
Ini cara awak mahu dia menunggu di sisi.

Awak.
Tapi adakah awak tahu kekuatan hati manusia?
Sampai bila seseorang itu mampu tahan segalanya?
Sehingga bila seseorang itu mampu tahan diri dan ketawa?
Sampai saat manakah dia masih mampu berpura?
Yang segalanya baik dan dia masih kekal cinta?

Awak.
Sekental mana pun hati, kekuatan akan kendur.
Jangan sampai dia enggan mahu menegur.
Dan terus berundur.

Awak.
Kalau itu cara awak tunjukkan kasih sayang.
Kalau itu cara awak tunjukkan cinta itu bukan gila bayang.
Kalau itu cara awak tunjukkan bahagia itu tidak melayang.
Dia hanya akan diam dan tunggu hari siang.
Moga akan ada hubungan yang cemerlang.

Awak.
Semoga awak bahagia dengan apa yang awak lakukan.
Kalau awak cari dia dan dia tidak muncul lagi, awak boleh terus langkah ke hadapan.
Kerana dia sudah ke sisi dan berikan awak laluan.
Supaya dia tidak ganggu perjalanan.
Sebab dia mahu kekalkan senyuman

Sunday, 6 November 2011

man..how many other girls are u doing that too??


dear readers..

perempuan sangat mudah percaya dengan apa yang dia dengar dan lihat..
perempuan mudah menerima kata2 seorang lelaki tanpa berfikir panjang..without a second thought..and at last..perempuan jugak yang merasa sakitnya..

akan menjadi perkara normal bagi seorang lelaki berkata begini..

awklah yang pertama yang dapat buat saya bahagia.dalam ramai2 perempuan..
awklah yang paling special..
dalam ramai2 perempuan..awklah yang terbaik and saya tak mungkin dapat cari pengganti awk lagi..


even kite berpisah..saya janji tak kan lupakan awk .. saya tak pernah dengan mana2 perempuan seperti mana saya dengan awk...

oppsss..
wahai perempuan..jangan cepat perasan and melting dengan ayat klise sebegini..

i tell u what..sebelum kata2 ni di copy and di paste kan kat telinga korang..lelaki awal2 lagi dah copy and paste kan kat exs exss exssssssss dia..maybe sebijik2 or paling tidak pon lebih kurang...

tak dinafikan..pastinya dalam hati lelaki akan ada seseorang yang betul2 bertakhta kat hati dia..tapi kite sebagai perempuan jgn cepat melatah and terperasan.

too sad bila ada antara perempuan yang mudah percaya dan sanggup buat apa saja hanya kerana lidah sang lelaki..and bila ada orang nasihat sikit..mula lah keluar perkataan seperti:

" dahlah..aku percayA dia lah..dia dah cakap dia hanya syg aku sorang je".
"dia dah cakap aku perempuan yang paling dicintainya and dia dah janji tak kan lupakan aku"..

maka..jadilah satu episod perjalanan sebuah cinta yang penuh perasan dimana kite merasakan kita dah berjaya menjadi orang yang paling best dalam hidupnya padahal tak pun..and bila orang tu tak hargai kite seperti mana konon2 kitalah yg paling best tu..mula lah kita jadik ahli falsafah secara tidak langsung dengan mengeluarkan perkataan yang sedih2 dan ayat2 sajak yang maha kesian...mula lah terjadik gejala seperti mengupdate status sedih2 kat facebook.
( salah satu kesan sampingan)

tak salahkan lelaki coz kalau tak cakap camtu..nak cakap camne lagi kn??but sebagai perempuan..beringatlah..cintailah seseorang itu secara biasa2 je and cool2 je..

jangan terbang terlalu tinggi coz bila jatuh..sakit sangat dowh..no kidding.

Thanks for reading this..

Wednesday, 2 November 2011

dia yg awak tunggu selama kini.....???

Pagi-pagi menerima teguran yang tidak berapa berhikmah dan berhemah hanya membawa kepada kemarahan senyap dan pemberontakan dalam diam. Ternyata masih wujud lagi manusia jumud yang mahu memperalatkan agama demi menunjukkan seolah-olah mereka adalah manusia paling mulia berjalan di atas dunia. Boleh kalau kamu mahu buat demikian, tapi bukan dengan aku. Aku masih lagi kenal cara bagaimana untuk menegur manusia.

Tutup benda itu.
Perlukah kita menunggu seseorang atau sesuatu dalam hidup?
Ada orang yang sentiasa mahu ditunggu.
Ada orang yang sabar menunggu.
Ada orang yang sudah jadi penunggu.
Awak.
Sedang menunggu dia?
Sedang menunggu dengan setia?
Sedang menunggu dengan sabar dan bersedia?
Sedang menunggu tanpa mengharap apa-apa?

Awak.
Tidur malam dihiasi mimpi.
Awak nampak kelibat seseorang berlari.
Awak kejar sekuat hati.
Awak mahu gapai kuat guna jari.
Awak mahu rapat ke sisi.

Awak.
Adakah dia yang muncul?
Adakah wajah dia yang terpacul?
Awak enggan mengaku sebab bacul?
Anehnya, awak tidak mahu jadi lurus bendul.
Takut dikatakan bahlul.

Awak.
Adakah dia orang yang awak tunggu?
Adakah dia layak ditunggu?
Apa yang buatkan awak menunggu dia sehingga kematu?
Apa yang menyebabkan awak sanggup berdiri seperti batu?
Awak sahaja ada jawapan itu.

Awak.
Adakah awak percaya dengan hati sendiri?
Adakah awak yakin dengan keputusan mahu terus memerhati?
Adakah awak sudah fikir menggunakan otak kiri?

Awak.
Perlu tentukan jalan hidup sendiri.



jangan terlalu mencari yang sempurnaaaaa...kelak hidup meranaaaa...hehehe...gurau3!

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!