Saturday, 30 March 2013

Tips for the beginner. :)



Assalamualaikum :)

Terpanggil untuk share sedikit dengan semua wanita di luar sana.
Terbaca satu artikel yang menarik, jadi nak kongsi lah. Sharing is CARING. Caring is LOVING. tak gitu? Haha. sebenarnya terdetik hati nak search pasal tudung labuh then ada terbaca satu artikel ni. 

Memanglah kita perempuan, bukan disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yg labuh bulat tu, labuh bawah siku etc. tapi kita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna. Iaitu memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher, telinga, yang cukup satu set. Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kpd org yang bukan muhrim.
Tapi menuju ke arah yang lebih lebih baik, takde salahnya :)



“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” 
[surah 24; an-Nur; ayat 35]


Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.

Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.


So, here some tips to wear tudung labuh for beginner like me.


1. Lets start with stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).

5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.


Bukan nak menekankan dan tekan untuk kita pakai tudung labuh. Tapi yang penting tutup aurat. Ramai yang anggap bila soal tutup aurat ni, tutup liput semua pakai tudung besar-besar. Bukaan. Sebab ada banyak lagi cara nak tutup aurat dengan sempurna selain memakai tudung labuh. Sebab ada je orang yang rasa bertudung labuh ni payah sikit, tak biasa nak buat.


Jadi, takde salahnya. Janganlah anggap nak tutup aurat betul-betul leceh, susah, tudung labuhlah, ketinggalan?  
Nak berfesyen tutup aurat pun boleh ape. Pakailah pashmina yg besar tu. Make sure dia cover chest, cover rambut, telinga, leher, plus tak jarang. Betul tak? Dahlah cantik, pashmina cantik, muka cantik, aurat pon terjaga.

Kalau nak bertudung labuh lagiiii bagus. Start  dengan usaha yang kecil.. Perlahan-lahan, jangan terus perubahan drastik. Kalau tak mampu lah. Tapi kalau nak drastik pun tak apa hihi.
Biarlah perubahan tu bermula kecil-kecil. Tapi kalau nak terus bertudung labuh, Alhamdulillah sangat-sangat. Toyyib.
Cubalah istiqamah InsyaAllah. InsyaAllah dipermudahkan. 










No comments:

Post a Comment