Tuesday, 16 April 2013

Percayalah kepada Allah.

Allah telah menetukan sesuatu terjadi ke atas hamba-Nya.Tapi jikalau apa yg ditentukan-Nya itu bukanlah sesuatu yang kita kehendaki, maka janganlah kita bersedih dan berdukacita. Meskipun kita kehilangan sesuatu yang amat bernilai kepada kita, janganlah berdendam kepada Allah. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui. 

Cuba kita ukur, banyak mana yang diambil daripada kita jika dibandingkan dengan apa yang diberikan-Nya. Apabila sesuatu musibah menimpa, mengapa kita harus berdukacita? Allah mengambil sesuatu daripada kita untuk memberikan sesuatu yang lebih baik lagi. Percayalah. 

Kadang-kadang manusia berasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Masalah keluarga, masalah anak, masalah belajar, masalah kerja dan sebagainya. Selagi seseorang manusia itu hidup di bumi Allah, selagi itulah dia akan diuji dengan masalah. Jika seseorang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang kita lalui akan mematangkan akal serta memantapkan peribadi kita.

Berlapang dada kepada Allah, yakin bahawa Allah menetukan segalanya. Yakinlah. Trust Allah and everything gonna be fine. In shaa Allah. :)


No comments:

Post a Comment